Agak terkejut bila disahkan oleh doktor saya mengalami
kencing manis Jenis 2. Nasib baik saya membuat pemeriksaan kesihatan untuk
kemasukan ke universiti baru ni kalau tak sampai sekarang pun masih tidak tahu
saya mengalami diabetes. Terdapat sedikit tekanan perasan setelah tahu mengenai
perkara ini. Maklumla terlalu muda untuk menerima penyakit yang selalu
dikaitkan dengan orang usia 40-an
keatas. Walaupun hakikat sekarang ramai orang muda dapat penyakit:) Hakikat yang
masih tak diterima. Namun hari ni saya redha.Penyakit datang ada hikmahnya. Apa
hikmahnya? Kalau dulu saya makan tidak menentu dan tidak mengamal gaya hidup
yang sihat. Bila bermuhasahah diri baru la sedar apa yang dilakukan sebelum
punca kepada penyakit ni.Huhuuu.
Bila doktor mengesahkan terdapat gula dalam air kencing pada
pertama kali medical check-up, doktor mengarahkan saya buat pemeriksaan darah
bagi mengesahkan kadar gula tersebut dengan membuat pemeriksaan OGTT. Apa itu
OGTT? Oral Glucose Tolerance Test memerlukan saya ambil darah sebelum dan
selepas berpuasa. Kadar gula dalam darah saya diambil sewaktu sebelum minum air
gula 5.0 mmol dan selepas minum air gula kadar darah adalah 11.1 mmol. Jadi
saya adalah diabetic Type 2. Kadar gula yang ideal adalah 5-6 mmol.
Selepas disahkan macam tu maka saya dengan segera
meninggalkan makanan bergula dan nasi berkarbohidrat. Saya mula memakan nasi
beras herba ponni seperti kebanyakan pesakit kencing manis makan dan hanya
minum air masak sahaja. Setiap petang mula berjogging 1km sehingga kini berat
badan telah turun 10 kilo dalam 1 bulan.
Dalam pada itu saya mula mencari maklumat mengenai kencing
manis untuk mencari penyelesaian dari segi cara penjagaan dan diet kencing
manis. Banyak buku-buku telah dibeli dan dibaca. Semangat untuk menjaga kesihatan
mula berkobar-kobar maklumla dah mula jatuh sakit, kalau tak mana nak ingat
semua tu.
Sedikit info mengenai penyakit kencing manis atau diabetes.
Diabetes merupakan general term kepada penyakit yang berkait
dengan kencing berlebihan.Kencing manis Type-1
merupakan kencing manis jenis insulin-dependant disebabkan kegagalan
insulin dihasilkan oleh badan.Ia juga dipanggil Juvenille Diabetes disebabkan
hanya biasa terjadi kepada kanak-kanak sebelum ini.
Diabetic mellitus Type-2 merupakan kecing manis disebabkan
disorder carbohydrate(sugar) metabolism atau juga dipanggil non-insulin
dependant diabetes mellitus. Penyakit ini dibahagikan kepada hyperglycemia(gula
dalam darah) dan glycouria(gula dalam air kencing).Ini disebabkan berlaku
kekurangan pengeluaran insulin dalam badan.
Satu jenis lagi ialah Pregnancy diabetes. Ini berlaku
sewaktu seseorang mengandung sahaja dan akan hilang selepas bersalin tetapi
boleh berterusan jika tidak dikawal.
Diabetes mellitus Type-2
Merupakan ketidakseimbangan metabolisma yang mana kadar gula
(glukosa) menjadi tinggi dalam badan disebabkan badan tidak mengeluarkan
insulin yang mencukupi. Insulin merupakan hormon yang dikeluarkan oleh pancreas
berfungsi mengawal kadar gula dalam darah. Gula dalam badan diserap ke dalam
salur darah dan merangsang pancreas untuk mengeluarkan insulin. Insulin
membenarkan gula bergerak dari darah ke dalam cell untuk menghasilkan
tenaga.Tenaga ini digunakan terus atau disimpan dan digunakan apabila
perlu.Bila kadar gula dalam darah berkurangan maka pengeluaran insulin juga
berkurangan.Sekiranya seseorang itu mengambil karbohidrat- nasi yang banyak
maka kadar gula dalam badan juga meningkat. Sekiranya badan tidak mengeluarkan
insulin yang cukup untuk membawa gula ke dalam cell badan maka gula dalam darah
menjadi tinggi.Kesannya kadar gula dalam cell badan berkurangan.
Adakah penyakit kencing manis ini boleh disembuhkan? Ini
menjadi persoalan kerana dikatakan tidak boleh sembuh cuma boleh dikawal sahaja. Dalam mencari
maklumat saya terjumpa sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca kerana
berbeza sekali dengan maklumat yang diperolehi oleh doktor ataupun buku-buku
lain. Buku ini mengubahkan perspektif kita terhadap penyakit diabetes. Buku ini
menunjukkan pesakit diabetes type 2 mempunyai peluang untuk sembuh dengan satu
cara rawatan yang dinamakan Ecology Healing System. Anda boleh mendapatkan buku
ini di kedai buku utama Tajuk Diabetes Causes Cure and Prevention ditulis oleh
Dr. V.M Palaniappan PHD. Beliau seorang doktor dan penyelidik yang membuat
penemuan berkenaan diabetes ini. Beliau menyatakan pesakit kencing masih boleh
dirawat dengan cara sistem rawatan secara ekologi. Dalam buku tersebut
dinyatakan punca kepada penyakit kencing manis. Kenana gula manis? Gula manis
disebabkan terdapat kalsium didalamnya. Maka kalsium lah punca kepada kemanisan
sesuatu benda. Kadar kalsium yang tinggi dalam badan telah menyebabkan badan
menjadi manis dan akhirnya menyebabkan kencing manis dan bukannya disebabkan
pengambilan gula atau nasi. Bagi beliau nasi dan gula perlu diteruskan diambil
jika tidak mahu pancreas kita berhenti bekerja.Akibat berhenti mengambil gula
dan karbohidrat menyebabkan pancreas tidak menghasilkan insulin dan kemungkinan
besar akan tidak efektif lagi untuk mengeluarkan insulin apabila kita tiba-tiba
ambil gula. Sebab itu bagi buku ini apa yang dinasihatkan oleh doktor adalah
tidak betul sama sekali apabila menyarankan pesakit mengurangkan penambilan
nasi dan gula. Malah pesakit terus negatif terhadap 2 makanan ini dengan
berfikiran kalau tidak ambil terus gula dan nasi tentu tiada masalah ini. Satu
lagi punca menyebabkan berlakunya kencing manis apabila kalsium yang banyak
didalam badan tidak dibuang melalui kencing apabila kita kurang kecing dan
sesetengahnya kurang minum air. Bagi sistem ini, kita perlu minum air 2 liter
sehari dan kencing juga harus mencapai 2 liter sehari barulah kalsium
berlebihan dapat dibuang dari badan.
Buku ini menyatakan step by step bagaimana kencing manis
type 2 boleh pulih. Antaranya mula membetulkan persepsi terhadap kencing manis,
kalsium adalah punca kepada penyakit ini dan kalsium perlu dikurangkan,
pengambilan air yang banyak dapat merangsang kencing yang banyak, amalan
meminum kopi membantu penyembuhan, cara tidur, cara mandi, pengunaan air
bertapis, cara menjaga kulit yang betul,herba yang berguna untuk kencing manis,
cara makan dan jenis makanan perlu dielakkan. Dan menariknya sistem ini tidak
menggalakkan pesakit kencing manis melakukan exercise yang mengeluarkan peluh
kerana menganggu pengeluaran air kumuhan melalui air kecing yang menghalang
pembuangan kalsium dengan cepat.Bagaimana anda tidak boleh tidur dibawah kipas
angin yang laju, penggunaa air-cond yang memudaratkan,cara membuang air besar
yang betul dan bagaimana hubungan seks membantu penyembuhan kencing manis dan
bagaimana kencing manis menyelamatkan kita dari penyakit lain yang lebih
berbahaya.
Kesimpulannya saya kini mula positif terhadap penyakit ini
walaupun dimomokkan dengan pelbagai simptom seperti potong kaki,mata rabun,
kena inject insulin, mati pucuk dan sebagainya.Mungkin anda juga seperti saya
anda boleh dapatkan buku diatas untuk bacaan tambahan bagi mengubahkan persepsi
terhadap kencing manis kerana lambakan maklumat di internet hanya membawa kita
ke produk-produk kesihatan yang hanya menghabiskan wang. Sekian.
http://www.akuchey.com/rawatan-makanan-penawar-kencing-manis-atau-diabetes/
No comments:
Post a Comment