Sunday, 29 April 2012

Mandi Malam Menyebabkan Paru-Paru Berair: Hanya kepercayaan orang tua

Ramai dalam kalangan masyarakat kita percaya bahawa jika seseorang itu kerap mandi malam, dikhuatiri akan dijangkiti paru-paru berair. Sebenarnya, itu tidak benar sama sekali. Mandi malam bukan penyebab utama masalah paru-paru berair. Proses kondensasi yang disebutkan oleh kebanyakan orang tidak berlaku sama sekali di dalam badan manusia kerana terdapat system imuniti badan yang mampu mengatasi masalah ini.

Bagaimana sistem imuniti badan bertindak?
Apabila bendasing (seperti bakteria,kuman dan lain-lain) masuk ke dalam badan, sistem imuniti tubuh akan segera bertindak mengawal bendasing ini daripada terus merebak ke seluruh badan dengan melalui proses inflamasi di mana salur darah di sekitar alveoli peparu akan mengembang,menyebabkan cecair dalam salur darah  akan keluar dan masuk ke dalam alveoli peparu . Proses ini berlaku secara berterusan jika tidak dirawat dengan segera . Akibatnya, peparu dipenuhi dengan cecair yang disebut sebagai exudate dan bukannya dipenuhi dengan air seperti dibayangkan oleh kebanyakan orang! Keadaan ini disebut sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’ atau lebih tepat didefinasikan sebagai pneumonia . Dan apabila cecair exudate keluar dan memenuhi ruang pleura,ianya disebut sebagai ‘pleural effusion’ ataupun paru-paru berair.

Apa itu exudate?
Exudate merupakan cecair yang kaya dengan elemen seperti protein dan sel-sel dari salur darah, yang keluar ke bahagian luar salur darah (dalam ke sini, dibahagian alveoli) akibat proses inflamasi. Akibatnya, elemen ini akan terkumpul di dalam alveoli dan lama kelamaan akan menyebabkan jangkitan pada peparu, dikenali sebagai PNEUMONIA.

Apa kaitan antara pneumonia dan paru-paru berair?
Pneumonia bermaksud inflamasi peparu disebabkan oleh bakteria iaitu   alveoli terisi nanah supaya udara diasingkan dan peparu menjadi pejal(consolidation)( 1 )
Patologi atau proses berlakunya pneumonia ini telah diterangkan dengan lanjut sebelum ini . Paru-paru berair atau efusi pleura ( pleural effusion) merupakan salah satu komplikasi pneumonia . Ini disebabkan nanah/exudate dari peparu keluar ke ruang pleura (selaput yang melekat pada peparu dan dinding dada),dan cecair tadi memenuhi ruang tersebut .

Apa itu paru-paru berair/ pleural effusion?
Paru-paru berair terjadi apabila banyaknya cecair berkumpul di kawasan pleura ; selaput nipis yang melitupi kawasan peparu dan ruang dada (chest cavity).Pleura berfungsi sebagai lubrication dan memudahkan proses pernafasan . Sebenarnya,dalam keadaan normal ,terdapat sedikit sahaja cecair di dalam kawasan pleura untuk melancarkan(lubricate) proses pernafasan.
Terdapat kekeliruan sebenarnya dalam mendifinasikan paru-paru berair. Ada yang mengatakan paru-peru berair lebih sesuai dipanggil pneumonia dan ada yang mengatakan ianya sesuai dipanggil sebagai pleural effusion.  Hasil perbincangan dengan panel yang lain,juga dengan doktor-doktor di Malaysia,juga kajian berterusan melalui sumber website yang dipercayai,maka paru-paru berair lebih sesuai dikenali sebagai pleural effusion. Pneumonia lebih sesuai dipanggil sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’.
Cuba rujuk definisi pleural effusion yang sebenar.
Pleural effusion occurs when too much fluid collects in the pleural space (the space between the two layers of the pleura). It is commonly known as “water on the lungs.”
Terdapat dua jenis cecair yang berkumpul di ruang pleura,dikenali sebagai transudate dan exudate
Lihat perbezaan di bawah.
 _______________________________________________________________________
Transudate
Exudate
Berwarna lebih jernih dan cair
Mempunyai kandungan protein yang tinggi,cecair yang pekat,mempunyai spesifik gravity yang tinggi
Punca –punca terjadinya ‘transudate’ 
  • pleural effusion: kegagalan jantung Pulmonary embolism Post open heart surgery
Punca-punca ‘exudative’ pleural effusion: 
  • Pneumonia Kanser Pulmonary embolism sakit buah pinggang penyakit inflamasi



Apakah symptom yang dapat dilihat pada pesakit yang mengalami pleural effusion?
-          SESAK NAFAS- disebabkan ruang pleura dipenuhi dengan cecair,pesakit akan mengalami sesak nafas
-          Sakit dada(disebabkan pleuritic pain)
-          Batuk tanpa kahak
-          Tanpa sebarang symptom- biasanya berlaku pada pesakit TB, pesakit yang baru menjalani pembedahan pada bahagian abdomen dan pesakit yang mengalami kanser.

Bagaimana cara merawat pleural effusion?
Rawatan utama untuk efusi pleura ialah merawat punca utama penyebab penyakit ini berlaku,seperti merawat pneumonia dengan antibiotic, merawat kegagalan jantung dengan rawatan tertentu dan sebagainya. Tetapi,jika punca utama penyebab penyakit ini tidak dapat dikenalpasti,maka doktor biasanya akan melakukan prosedur dinamakan ‘thoracentesis’ iaitu mengeluarkan cecair dalam pleura(fluid drainage)

Kesimpulan
Setakat ini ,tiada lagi kajian yang mampu membuktikan bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan pneumonia dan pelbagai jenis penyakit yang lain. Sebaliknya, mandi malam boleh merawat insomnia dan melegakan tekanan . Tidak hairanlah di Jepun misalnya, mereka mengamalkan mandi pada waktu malam sebelum tidur sebagai langkah mengelakkan stress setelah seharian berpenat lelah menjalankan aktviti di tempat kerja dan sebagainya.















Angin Amar Sudut Perubatan Moden


Strok atau Angin ahmar ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok.

Mencegah serangan angin ahmar:

1. Pesakit tekanan darah tinggi perlu melakukan pemeriksaan secara rutin agar tekanan darah terkawal. Pesakit kencing manis juga perlu mengawasi kadar gula dalam darah pada peringkat terkawal. Pengawalan ini boleh mengurangkan risiko diserang strok sehingga 40 peratus.

2. Jauhi stres kerana boleh merangsang kepada serangan angin ahmar.

3. Tidak merokok kerana sikap ini dapat mengelakkan bahaya strok sehingga 33 peratus.

4. Bersenam dengan kadar konsisten. Bersenam boleh menjauhi strok pada kadar 57 peratus.

5. Kurangkan makanan berlemak dengan kolesterol tinggi. Kolesterol menyempitkan saluran darah yang menggalakkan serangan angin ahmar.

6. Makan sayur-sayuran berwarna hijau dan buah-buahan setiap hari untuk mengelakkan serangan strok...


Info Diabetis

Apa Dia Diabetes ?


Diabetes ialah satu keadaan di mana tubuh seseorang itu tidak dapat menggunakan KABOHIDRAT ( gula dan kanji ) di dalam makanan , dengan sempurna . Ini menyebabkan kadar gula yang berlebihan dalam darah .
Selepas di hadamkan makanan bergula dan berkanji bertukar menjadiGLUKOS . Glukos akan dibawa dalam darah kesemua bahagian badan .

INSULIN yang dihasilkan oleh organ PANKREAS membantu glukos memasuki sel-sel badan untuk digunakan sebagai TENAGA . Bagi orang yang menghidap diabetes , pancreas tidak menghasilkan insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan .

Tanpa insulin , sel-sel badan tidak dpat menerima bekalan gulkos dan pesakit akan berasa letih kerana kekurangan tenaga . Kadar gula dalam darah menjadi tinggi .Gula yang berlebihan ini akan keluar melalui air kencing .
diabetes_symptoms


Panduan Makanan Untuk Pesakit Diabetes
Carta Makanan bagi Pesakit Diabetes

Kawalan makanan amat penting dalam rawatan penyakit diabetes . Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memelihara kesihatan .

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Elak makanan yang terdiri dari makanan berkabohidrat yang mepunyai kandungan gula yang tinggi. Makanan ini akan menambahkan gula dalam darah .

Contoh : – Pelbagai jenis gula , kuih – muih , biskut manis , kek , gula-gula , coklat , aiskrim , minuman ringan , sirap kordial , susu pekat manis , jem , kaya , madu dan minuman beralkohol .

MAKANAN YANG DIBENARKAN TANPA SEKATAN

Makanan yang kandungan tenaga dan kabohidratnya rendah boleh dimakan dengan BEBAS.

Semua Jenis Sayuran


Contoh : – sawi , kangkung , bayam , kobis , kacang buncis , kacang panjang , bendi , tomato , terung  dan sebagainya .

Semua cecair dan minuman tanpa gula


Contoh : – sup air , air kosong , teh dan kopi ‘o’ tanpa gula , teh cina , air limau , air bali tanpa gula

Perasa dan Perencah


Contoh : – serbuk chili , kari , kunyit , rempah ratus , bawang merah , bawang putih , halia , lengkuas , serai dan sebagainya

Semua daging tanpa lemak , ayam tanpa lemak dan kulit , tauhu , kuning telur ( 2-3 biji seminggu ) , ikan , ikan bilis tanpa kepala dan  perut . Hadkan makanan tinggi kolestrol seperti makanan laut ( udang sotong , kerang , siput ) organ dalaman ( hati , otak , limpa , paru – paru )

 tiger-book-diabetes

MAKANAN YANG PERLU DIKURANGKAN / DISUKAT

Makanan ini mengandungi sedikit gula atau kabohidrat dan boleh dimakan tetapi perlu DIKURANGKAN.

Contoh : – Susu dan hasil tenusu , Bijirin dan hasil bijirin , kacang dan kekacang dan buah – buahan

KURANGKAN PENGAMBILAN KOLESTROL DAN LEMAK TEPU

Makanan ini akan menambahkan berat badan dan menyumbat saluran darah . Ia meningkatkan risiko penyakit jantung , angin ahmar dan kegemukan .

Mengawal Berat Badan

Berat badan yang berlebihan adalah merbahaya . Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan .

Senaman menggunakan glukos darah membakar lemak- lemak dalam badan serta memperbaiki edaran darah dan menguatkan jantung anda

Bersenam selama 20 – 30 minit setiap kali sekurang-kurangnya 3 kali seminggu .

Panduan Am

Anda boleh menikmati 3 hidangan utama ( sarapan pagi , makan tengahari , makan malam )
Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu .
Makanan yang dihadkan adalah makanan berkabohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah .
Tingkatkan pengambilan serat dalam diet . Ini dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengelakkan sembelit . Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh , buah – buahan , sayur – sayuran , kacang dan kekacang dan biji – bijian
Kurangkan penggunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan kandungan garam .
Kurangkan jumlah pangambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim , minyak kelapa , santan dan krim salad .


*Sumber dari JABATAN PENDIDIKAN KESIHATAN, HOSPITAL KUALA LUMPUR

Gaya Hidup Sihat Elak Kencing Manis


Kemanisan kuih muih dan minuman berperisa serta bergas pastinya membuka selera. Memang tidak dinafikan makanan yang manis menjadi pilihan kerana keenakkanya.


Tetapi disebalik keenakannya itu , ia boleh menjejaskan kesihatan dan mengundang pelbagai jenis penyakit jika ia diambil berlebihan.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat .
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh .
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi , kegemukan dan masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis , serangan jantung dan sebagainya.
Sehingga kini diabetes tidak berupaya disembuhkan sepenuhnya tetapi dengan pengurusan baik , kadar gula dalam darah boleh dikawal sekali gus kompilasi diabetes boleh dilewatkan .
 Tanpa pengurusan yang baik , diabetes akan menjadi pencetus kepada pelbagai kompilasi yang membawa maut. Justeru bukan aneh apabila faktor majoriti kes kematian membabitkan pesakit diabetes adalah kompilasi makrovaskular.

 Kompilasi makrovaskular adalah kelaziman dikalangan pesakit diabetes.Mengikut kajian , lima tahun lalu dianggarkan 171 juta penduduk dunia berpenyakit diabetes , sejenis penyakit progresif dan serius yang boleh mendedahkan penghidapnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan kompilasi , termasuk buta , amputasi dan penyakit kordiovaskular ( CVD ) .
 Menjelang 2030, jumlah pesakit diabetes atau sering disebut kencing manis dijangka meningkat dua kali ganda.Diabetes disifatkan sebagai faktor risiko dan punca utama kepada penyakit CVD.

 Mereka yang menghidap diabetes dua hingga empat kali lebih berisiko mengalami serangan sakit jantung atau strok berbanding mereka yang tidak berpenyakit itu . Diabetes dan kompilasinya pasti akan muncul sebagai satu ancaman utama terhadap sumber kesihatan awam sedunia pada masa depan dengan kos ekonomi dan sosial sangat besar, terutama bagi negara membangun .
 Jesteru , mencegah lebih baik dari mengubati.Mulakan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat . Kawal nafsu makan kerana setiap hari berdepan makanan dan masakan enak terutama yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
 Untuk membantu mencegah diabetes dan kompilasinya , Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) turut mengesyorkan supaya orang ramai mencapai dan mengekalkan berat badan yang unggul,sentiasa cergas iaitu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari .
 Mereka perlu menekankan betapa pentingnya mengubah gaya hidup agar dapat menghalang penyakit itu melarat dan jika dibiarkan akan mengakibatkan kompilasi yang boleh membawa maut .

Bahaya Gula !!


Gula itu memudaratkan
 kesihatan .Gula itu racun
 . Gula menyebabkan
pelbagai penyakit
kronik.Ini antara perkara
 negatif yang dikaitkan
 dengan gula . Malah
 pepatah melayu ada
 menyebut mati semut kerana gula .
Menurut Ensiklopedia
bebas , Wikipedia , bahan
utama yang digunakan
dalam pembuatan gula ialah
tebu kuning dan tebu hitam.Dilaporkan kira – kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula.Negara pengeluar terbesar gula , mengikut Wikipedia ialah Brazil , India , China dan Pakistan.
Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa . Secara ringkasnya , gula dihasilkan daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa .Rasa gula sememangnya manis tetapi disebalik kemanisan itu sebenarnya mengundang bahaya.Pengambilan gula setiap hari juga dilaporkan menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian didalam tubuh dan ketidak seimbangan ini perlu diperbetulkan.
Selain gula pasir dan gula perang sebagai pemanis , terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta gula yang tidak dapat dilihat.Pakar pemakanan tempatan , Mary Easaw John menjelaskan bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui didalam roti , aiskrim , coklat , pastri , pai dan kuih muih.
Sebagai contoh , 60
peratus kandungan jem
adalah gula . Sepotong
kuih pula , katanya ,
mengandungi setengah
sudu teh gula , sementara
minuman berkarbonat
pula mengandungi lapan
hingga sembilan sudu teh
.Justeru itu kita
sebenarnya tidak
memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian . Kalau hendak pun mangambil gula pasir , enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai . Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek dan manisan yang lain.
Kajian mendapati , kira – kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar Ho Chi Minh , Vietnam, tanpa mereka sedar menghidap diabetes Jenis 2 , tidak termasuk empat peratus rakyat negara itu yang disahkan sebagai pesakit diabetes . Diabetes Jenis 2 , paling lazim disebabkan paras lemak dan gula yang tinggi dalam permakanan di samping kurang senaman . Ia boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan penyakit jantung.
Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghidapan penyakit diabetes.Pada tahun 2009 , sebanyak 17 peratus daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes!!.Oleh itu kawal pengambilan gula dalam menu seharian anda . Katakan tidak pada kencing manis @ diabetes !!

  

Pesakit Diabetes kasihanilah kaki anda






Kajian menunjukkan pesakit diabetes menghadapi 40 kemungkinan kehilangan satu daripada dua anggota kaki akibat amputasi berbanding bukan penghidap diabetes.Lebih teruk lagi mereka juga mempunyai risiko maut yang tinggi iaitu 70 peratus atau kehilangan sebelah kaki lagi selepas lima tahun kehilangan kaki pertama .
 Tetapi ada berita baik . Sebenarnya amputasi kaki disebabkan diabetes adalah satu – satunya komplikasi diabetes yang paling boleh dieelakkan . Terdapat empat cara penting yang harus diamalkan : -
 1.      Kekalkan kandungan glukosa darah anda ditahap yang selamat

Kandungan glukosa yang tinggi dan berpanjangan akan merosakkan saluran darah sehingga menyebabkan timbulnya beberapa penyakit dan amputasi kaki terpaksa dilakukan.
 Kerosakkan pada saluran – saluran darah menyebabkan masalah pengaliran darah dalam badan dan lambat laun merosakkan urat saraf sehingga pesakit tidak mempunyai rasa sakit.
 Masalah pengaliran darah yang tidak lancarkan menyebabkan luka tersebut sukar sembuh dan dijangkiti kuman apabila tiada pengawasan rapi . Kandungan glukosa darah yang tinggi adalah medium yang baik untuk pertumbuhan bakteria dan juga melemahkan keupayaan badan melawan jangkitan kuman . Akibatnya , luka itu mula bernanah dan kebiasaanya ia tidak akan sembuh .Lambat laun ini akan bertukar menjadi gangren dimana kulit dan tisu di sekeliling luka itu menjadi mati.Apabila ini berlaku , doktor sudah tidak mempunyai pilihan selain memotong bahagian kaki yang terlibat untuk mengelakkan gangren itu dari merebak terutama sekali apabila gangren mempunyai jangkitan kuman ( gangren basah ) .
 Adalah penting juga untuk anda sentiasa memantau paras glukosa darah setiap hari di rumah dengan menggunakan alat pengukur glukosa darah . Dengan cara penjagaan diri ini , anda boleh mengelakkan diri dari kehilangan anggota kaki dan yang lebih penting nyawa anda .
2.      Kawal tekanan darah dan paras lipid anda

Tekanan darah tinggi dan paras lipid darah yang tinggi dan yang tidak dikawal dengan baik boleh memburukkan lagi masalah kaki diabetes dengan cara merosakkan saluran darah dikaki . Tambahan kepada kehilangan rasa sakit yang disebabkan oleh neuropati ( kerosakkan saraf ) , pesakit diabetes , terutama sekali jika diabetesnya tidak dikawal baik , mungkin akan merana ulser yang tidak sembuh dan kesakitan dibahagian betis kaki ketika berjalan ( klaudikasi ).
 Kajian menunjukkan kawalan tekanan darah yang baik mengurangkan risiko bagi pesakit – pesakit diabetes untuk mendapat komplikasi – komplikasi seperti neuropati.Anda mesti memeriksa tekanan darah dan paras lipid darah dengan kerap dan kekalkan tahapnya dalam lingkungan normal untuk mengurangkan risiko kamplikasi kaki diabetes ( dan juga kompilasi – kompilasi yang lain ) .

 3.      Jangan Merokok

Janganlah merokok kerana ia akan menyempitkan lagi saluran – saluran darah melalui kesan nikotin secara langsung dan juga memburukkan lagi atherosklerosis ( pemendapan lemak di saluran darah )

4.      Periksa kaki anda setiap hari

Jangkitan kuman pada kaki merupakan punca utama kebanyakkan penghidap penyakit diabetes dimasukkan ke hospital manakala ulser pada kakidan luka yang tidak sembuh pula adalah punca utama kaki dipotong. Pengesanan awal penyakit – penyakit kaki boleh menghindarkan masalah susulan yang sering berlaku.Oleh yang demikian pesakit diabetes perlu menjalani pemeriksaan kaki sekurang – kurangnya sekali setahun untuk mengenal pasti keadaan kaki yang mempunyai risiko tinggi seperti neuropati periferi ( kerosakkan saraf dikaki atau tangan ) , kecacatan tulang seperti ‘hammettoes’ , atau ‘bunions’, ’callous’ dan bengkak pada kaki atau betis .
 Anda juga tidak perlu menunggu setahun sekali untuk pemeriksaan doktor , Persatuan Perubatan Podiatri Amerika mencadangkan agar anda sentiasa berwaspada dan perhatikan tanda – tanda berikut :-

Perubahan warna kulit atau merasai panas di kaki
Rasa sakit pada kaki
Luka terbuka pada kaki yang lambat untuk sembuh
Ketumbuhan kuku dalam jari kaki atau kulat pada jari kaki
Terbentuk kulit tebal dan keras ( corns ) yang berdarah atau terjadinya ’calluses’
Tumit yang kering dan merekah
 Anda dinasihatkan segera bertemu doktor atau pakar pernjagaan kaki sekiranya mengalami mana-mana masalah yang tersebut diatas .
 Akhir sekali , adalah penting anda memeriksa kaki anda setiap hari . Ingatlah bahawa adalah lebih baik kita berjaga – jaga daripada menyesal di kemudian hari .
 * Artikel diambil dari Utusan Malaysia oleh Datuk Prof Mustaffa Embong

KETAHUI KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT


BUAH Tunjuk Langit atau di kenali sebagai Skyfruit berasal dari kawasan yang tidak tercemar di Selatan Pasifik, khususnya di Kepulauan Solomons. Penduduk asli di situ telah menggunakan buah ini sejak turun temurun bagi tujuan kesihatan dan perawatan.
Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-Kimia dari Amerika Syarikat telah berjaya menperolehi suatu penemuan yang penting tentang SKY FRUIT, iaitu ia mengandungi kandungan Flavonoids dan Saponins yang tinggi.
Kini, khasiat Buah Tunjuk Langit ini telah di proses secara saintifik dan di pek bagi kemudahan pengguna di seluruh dunia, dan keberkesanan nya telah terbuktiKandungan Aktif dalam Buah Tunjuk Langit (SkyFruit) :

1. Flavonoids
-Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat-Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.

2. Saponins
-Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.-Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.
-Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.
-Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah. Di samping itu, SKY FRUIT juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protiem, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.
Keistimewaan SKY FRUIT adalah kandungan semula jadi yang diperolehi mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.




-Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.
- Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.
-Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.
-Bertindak sebagai anti pengoksidaan.-Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)

2. Saponins
-Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.-Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.
-Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.
-Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah. Di samping itu, SKY FRUIT juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protiem, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.
Keistimewaan SKY FRUIT adalah kandungan semula jadi yang diperolehi mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.


Pokok buah Tunjuk Langit

Rupa biji buah Tunjuk Langit

Isi biji buah Tunjuk Langit

Kapsul buah Tunjuk Langit


Buah Tunjuk langit @ (Switenia Macrophylla) boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah. Kesan pengambilan secara berterusan biji buah ini boleh memulihkan kesihatan tubuh badan secara semula jadi di samping melancarkan peredaran darah ke seluruh badan kita. Apabila kesemua sel menerima oksigen yang secukupnya dan kesemua bahan-bahan toksik luaran dinyahkan, tahap kecergasan akan kembali kepada sediakala dan lebih sihat.

Antara khasiat-khasiat yang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-

1) Anti-penuaan
2) Kekejangan otot
3) Alahan kulit / Psoriasis
4) Kurang Bertenaga / Keletihan
5) Asma / Alahan Pernafasan
6) Masalah Tidur
7) Barah / Ketumbuhan
8)Penyakit Jantung
9) Gout / Artritis / Gastrik
10) Penyakit Hati
11) Haid dan Keputihan
12) Resdung / migrain
13) Hubungan Kelamin   Strok
14) Kolestrol tinggi
15) Sembelit / Buasir
16) Kencing manis
17) Tekanan darah tinggi
18) Kegemukan   Tekanan darah rendah
19) Kesuburan
20) Tulang Belakang



Bismillahhirrahmannirrahim


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah &dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selepa makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air:
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak:
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar an ak (atau baby) tidur
mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (erjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri:
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manu sia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Sesuatu Yang Saya Belajar Tentang Wang

Saya belajar bahawa wang tidak mempunyai nama, maka dengan itu,wang bebas mengalir kepada sesiapa yang menginginkannya.
Dan inilah hakikatnya, kerana ia tidak bernama, ia bebas berpindah tangan dari seseorang kepada seseorang yang lain, mengikut bagaimana ia di’jaga’.
Jika tuan punya wang tidak berdisiplin mengendalikannya, wang akan terbang keluar lebih cepat dari masuk ke poket tuannya.
Walaupun seseorang itu berpendapatan jutaan ringgit setahun, jika wang gaji itu tidak diselenggarakan dengan betul dan disimpan/dilaburkan, dia masih akan menghadapi kesukaran kewangan.
Sebaliknya, walaupun pendapatan seseorang itu kecil, tetapi dia menyelenggarakan kewangan dengan betul, dia masih boleh menyimpan dan melabur untuk membina kewangan yang kukuh.
Rata-rata kita rasakan sangat ‘biasa’ bagi kita berbelanja lebih hanya kerana kita dapat lebih.
Kita jarang boleh mengikut rancangan kewangan kerana kebanyakan kita sentiasa‘digoda’ oleh pembelian-pembelian luar jangka yang nampak dan rasa sangat mesti dibelanjakan!
Oleh itu ramai yang salah anggap tentang fungsi pendapatan bulanan.
Ramai yang menganggap pendapatan bulanan adalah untuk dibelanjakan bagi keperluan bulan ini sahaja, bulan hadapan dan tahun-tahun hadapan ada pendapatan lain untuk kita!
Maka ramai yang menyalah anggap bahawa jika mereka dapat pendapatan lebih besar, itu akan menyelesaikan masalah kewangan mereka.
Jadi ramai yang bekerja bertungkus-lumus untuk menaikkan pendapatan, dan berjaya mendapatkan pendapatan yang lebih baik itu, tetapi tetap tidak cukup, kerana ‘besar periuk, besar kerak nasinya.’
Ini adalah kerana, perbelanjaan mereka telah menyamai atau melebihi pendapatan.
Dengan mengubah cara kita mengagihkan pendapatan supaya lebih ke arah menyimpan untuk masa depan dan memotong perbelanjaan yang dibuat secara emosi, kita akan serta merta mendapat duit lebihan untuk masa depan.

“Besar periuk,banyak beras boleh masuk!”

Itulah prinsip yang lebih baik yang saya anggap membawa maksud lebih pendapatan lebih simpanan, beras yang masuk itu adalah wang yang dapat disimpan untuk keperluan kita di masa depan!
Ilmu kewangan ini sebenarnya boleh dipelajari, iaitu belajar bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak dan menguntungkan.

Hujan..... Mengimbau memori masa lampau

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Terlahir Blog "Kulit Di Kopek"