Kajian menunjukkan pesakit diabetes menghadapi 40
kemungkinan kehilangan satu daripada dua anggota kaki akibat amputasi
berbanding bukan penghidap diabetes.Lebih teruk lagi mereka juga mempunyai
risiko maut yang tinggi iaitu 70 peratus atau kehilangan sebelah kaki lagi
selepas lima tahun kehilangan kaki pertama .
Tetapi ada berita
baik . Sebenarnya amputasi kaki disebabkan diabetes adalah satu – satunya
komplikasi diabetes yang paling boleh dieelakkan . Terdapat empat cara penting
yang harus diamalkan : -
1. Kekalkan kandungan glukosa darah anda
ditahap yang selamat
Kandungan glukosa yang tinggi dan berpanjangan akan
merosakkan saluran darah sehingga menyebabkan timbulnya beberapa penyakit dan
amputasi kaki terpaksa dilakukan.
Kerosakkan pada
saluran – saluran darah menyebabkan masalah pengaliran darah dalam badan dan
lambat laun merosakkan urat saraf sehingga pesakit tidak mempunyai rasa sakit.
Masalah pengaliran
darah yang tidak lancarkan menyebabkan luka tersebut sukar sembuh dan
dijangkiti kuman apabila tiada pengawasan rapi . Kandungan glukosa darah yang
tinggi adalah medium yang baik untuk pertumbuhan bakteria dan juga melemahkan
keupayaan badan melawan jangkitan kuman . Akibatnya , luka itu mula bernanah
dan kebiasaanya ia tidak akan sembuh .Lambat laun ini akan bertukar menjadi
gangren dimana kulit dan tisu di sekeliling luka itu menjadi mati.Apabila ini berlaku
, doktor sudah tidak mempunyai pilihan selain memotong bahagian kaki yang
terlibat untuk mengelakkan gangren itu dari merebak terutama sekali apabila
gangren mempunyai jangkitan kuman ( gangren basah ) .
Adalah penting juga
untuk anda sentiasa memantau paras glukosa darah setiap hari di rumah dengan
menggunakan alat pengukur glukosa darah . Dengan cara penjagaan diri ini , anda
boleh mengelakkan diri dari kehilangan anggota kaki dan yang lebih penting
nyawa anda .
2. Kawal tekanan
darah dan paras lipid anda
Tekanan darah tinggi dan paras lipid darah yang tinggi dan
yang tidak dikawal dengan baik boleh memburukkan lagi masalah kaki diabetes
dengan cara merosakkan saluran darah dikaki . Tambahan kepada kehilangan rasa
sakit yang disebabkan oleh neuropati ( kerosakkan saraf ) , pesakit diabetes ,
terutama sekali jika diabetesnya tidak dikawal baik , mungkin akan merana ulser
yang tidak sembuh dan kesakitan dibahagian betis kaki ketika berjalan (
klaudikasi ).
Kajian menunjukkan
kawalan tekanan darah yang baik mengurangkan risiko bagi pesakit – pesakit
diabetes untuk mendapat komplikasi – komplikasi seperti neuropati.Anda mesti
memeriksa tekanan darah dan paras lipid darah dengan kerap dan kekalkan
tahapnya dalam lingkungan normal untuk mengurangkan risiko kamplikasi kaki
diabetes ( dan juga kompilasi – kompilasi yang lain ) .
3. Jangan Merokok
Janganlah merokok kerana ia akan menyempitkan lagi saluran –
saluran darah melalui kesan nikotin secara langsung dan juga memburukkan lagi
atherosklerosis ( pemendapan lemak di saluran darah )
4. Periksa kaki
anda setiap hari
Jangkitan kuman pada kaki merupakan punca utama kebanyakkan
penghidap penyakit diabetes dimasukkan ke hospital manakala ulser pada kakidan
luka yang tidak sembuh pula adalah punca utama kaki dipotong. Pengesanan awal
penyakit – penyakit kaki boleh menghindarkan masalah susulan yang sering
berlaku.Oleh yang demikian pesakit diabetes perlu menjalani pemeriksaan kaki
sekurang – kurangnya sekali setahun untuk mengenal pasti keadaan kaki yang
mempunyai risiko tinggi seperti neuropati periferi ( kerosakkan saraf dikaki
atau tangan ) , kecacatan tulang seperti ‘hammettoes’ , atau ‘bunions’,
’callous’ dan bengkak pada kaki atau betis .
Anda juga tidak perlu
menunggu setahun sekali untuk pemeriksaan doktor , Persatuan Perubatan Podiatri
Amerika mencadangkan agar anda sentiasa berwaspada dan perhatikan tanda – tanda
berikut :-
Perubahan warna kulit atau merasai panas di kaki
Rasa sakit pada kaki
Luka terbuka pada kaki yang lambat untuk sembuh
Ketumbuhan kuku dalam jari kaki atau kulat pada jari kaki
Terbentuk kulit tebal dan keras ( corns ) yang berdarah atau
terjadinya ’calluses’
Tumit yang kering dan merekah
Anda dinasihatkan
segera bertemu doktor atau pakar pernjagaan kaki sekiranya mengalami mana-mana
masalah yang tersebut diatas .
Akhir sekali , adalah
penting anda memeriksa kaki anda setiap hari . Ingatlah bahawa adalah lebih
baik kita berjaga – jaga daripada menyesal di kemudian hari .
* Artikel diambil
dari Utusan Malaysia oleh Datuk Prof Mustaffa Embong
No comments:
Post a Comment