Strok atau Angin ahmar ialah masalah kesihatan yang
diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak
diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan
oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan
yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah
kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara
tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri
peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin
ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan
kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat
dengan cepat.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi,
kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok.
Mencegah serangan angin ahmar:
1. Pesakit tekanan darah tinggi perlu melakukan pemeriksaan
secara rutin agar tekanan darah terkawal. Pesakit kencing manis juga perlu
mengawasi kadar gula dalam darah pada peringkat terkawal. Pengawalan ini boleh
mengurangkan risiko diserang strok sehingga 40 peratus.
2. Jauhi stres kerana boleh merangsang kepada serangan angin
ahmar.
3. Tidak merokok kerana sikap ini dapat mengelakkan bahaya
strok sehingga 33 peratus.
4. Bersenam dengan kadar konsisten. Bersenam boleh menjauhi
strok pada kadar 57 peratus.
5. Kurangkan makanan berlemak dengan kolesterol tinggi.
Kolesterol menyempitkan saluran darah yang menggalakkan serangan angin ahmar.
6. Makan sayur-sayuran berwarna hijau dan buah-buahan setiap
hari untuk mengelakkan serangan strok...
No comments:
Post a Comment