Kemanisan kuih muih dan minuman berperisa serta bergas
pastinya membuka selera. Memang tidak dinafikan makanan yang manis menjadi
pilihan kerana keenakkanya.
Tetapi disebalik keenakannya itu , ia boleh menjejaskan
kesihatan dan mengundang pelbagai jenis penyakit jika ia diambil berlebihan.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat
dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa
khasiat makanan atau serat .
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan
menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh .
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko
kerosakan gigi , kegemukan dan masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti
kencing manis , serangan jantung dan sebagainya.
Sehingga kini diabetes tidak berupaya disembuhkan sepenuhnya
tetapi dengan pengurusan baik , kadar gula dalam darah boleh dikawal sekali gus
kompilasi diabetes boleh dilewatkan .
Tanpa pengurusan yang
baik , diabetes akan menjadi pencetus kepada pelbagai kompilasi yang membawa
maut. Justeru bukan aneh apabila faktor majoriti kes kematian membabitkan
pesakit diabetes adalah kompilasi makrovaskular.
Kompilasi
makrovaskular adalah kelaziman dikalangan pesakit diabetes.Mengikut kajian ,
lima tahun lalu dianggarkan 171 juta penduduk dunia berpenyakit diabetes ,
sejenis penyakit progresif dan serius yang boleh mendedahkan penghidapnya
kepada pelbagai masalah kesihatan dan kompilasi , termasuk buta , amputasi dan
penyakit kordiovaskular ( CVD ) .
Menjelang 2030,
jumlah pesakit diabetes atau sering disebut kencing manis dijangka meningkat
dua kali ganda.Diabetes disifatkan sebagai faktor risiko dan punca utama kepada
penyakit CVD.
Mereka yang menghidap
diabetes dua hingga empat kali lebih berisiko mengalami serangan sakit jantung
atau strok berbanding mereka yang tidak berpenyakit itu . Diabetes dan
kompilasinya pasti akan muncul sebagai satu ancaman utama terhadap sumber
kesihatan awam sedunia pada masa depan dengan kos ekonomi dan sosial sangat
besar, terutama bagi negara membangun .
Jesteru , mencegah
lebih baik dari mengubati.Mulakan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat .
Kawal nafsu makan kerana setiap hari berdepan makanan dan masakan enak terutama
yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Untuk membantu
mencegah diabetes dan kompilasinya , Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) turut
mengesyorkan supaya orang ramai mencapai dan mengekalkan berat badan yang
unggul,sentiasa cergas iaitu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari .
Mereka perlu
menekankan betapa pentingnya mengubah gaya hidup agar dapat menghalang penyakit
itu melarat dan jika dibiarkan akan mengakibatkan kompilasi yang boleh membawa
maut .
No comments:
Post a Comment