Diabetes ialah satu keadaan di mana tubuh seseorang itu
tidak dapat menggunakan KABOHIDRAT ( gula dan kanji ) di dalam makanan , dengan
sempurna . Ini menyebabkan kadar gula yang berlebihan dalam darah .
Selepas di hadamkan makanan bergula dan berkanji bertukar
menjadiGLUKOS . Glukos akan dibawa dalam darah kesemua bahagian badan .
INSULIN yang dihasilkan oleh organ PANKREAS membantu glukos
memasuki sel-sel badan untuk digunakan sebagai TENAGA . Bagi orang yang
menghidap diabetes , pancreas tidak menghasilkan insulin dengan secukupnya atau
insulin yang dikeluarkan tidak berkesan .
Tanpa insulin , sel-sel badan tidak dpat menerima bekalan
gulkos dan pesakit akan berasa letih kerana kekurangan tenaga . Kadar gula
dalam darah menjadi tinggi .Gula yang berlebihan ini akan keluar melalui air
kencing .
Panduan Makanan Untuk Pesakit Diabetes
Kawalan makanan amat penting dalam rawatan penyakit diabetes
. Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memelihara kesihatan .
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
Elak makanan yang terdiri dari makanan berkabohidrat yang
mepunyai kandungan gula yang tinggi. Makanan ini akan menambahkan gula dalam
darah .
Contoh : – Pelbagai jenis gula , kuih – muih , biskut manis
, kek , gula-gula , coklat , aiskrim , minuman ringan , sirap kordial , susu
pekat manis , jem , kaya , madu dan minuman beralkohol .
MAKANAN YANG DIBENARKAN TANPA SEKATAN
Makanan yang kandungan tenaga dan kabohidratnya rendah boleh
dimakan dengan BEBAS.
Semua Jenis Sayuran
Contoh : – sawi , kangkung , bayam , kobis , kacang buncis ,
kacang panjang , bendi , tomato , terung
dan sebagainya .
Semua cecair dan minuman tanpa gula
Contoh : – sup air , air kosong , teh dan kopi ‘o’ tanpa
gula , teh cina , air limau , air bali tanpa gula
Perasa dan Perencah
Contoh : – serbuk chili , kari , kunyit , rempah ratus ,
bawang merah , bawang putih , halia , lengkuas , serai dan sebagainya
Semua daging tanpa lemak , ayam tanpa lemak dan kulit ,
tauhu , kuning telur ( 2-3 biji seminggu ) , ikan , ikan bilis tanpa kepala
dan perut . Hadkan makanan tinggi
kolestrol seperti makanan laut ( udang sotong , kerang , siput ) organ dalaman
( hati , otak , limpa , paru – paru )
MAKANAN YANG PERLU DIKURANGKAN / DISUKAT
Makanan ini mengandungi sedikit gula atau kabohidrat dan
boleh dimakan tetapi perlu DIKURANGKAN.
Contoh : – Susu dan hasil tenusu , Bijirin dan hasil bijirin
, kacang dan kekacang dan buah – buahan
KURANGKAN PENGAMBILAN KOLESTROL DAN LEMAK TEPU
Makanan ini akan menambahkan berat badan dan menyumbat
saluran darah . Ia meningkatkan risiko penyakit jantung , angin ahmar dan
kegemukan .
Mengawal Berat Badan
Berat badan yang berlebihan adalah merbahaya . Insulin tidak
berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan .
Senaman menggunakan glukos darah membakar lemak- lemak dalam
badan serta memperbaiki edaran darah dan menguatkan jantung anda
Bersenam selama 20 – 30 minit setiap kali sekurang-kurangnya
3 kali seminggu .
Panduan Am
Anda boleh menikmati 3 hidangan utama ( sarapan pagi , makan
tengahari , makan malam )
Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya
tidak berlebihan pada satu masa tertentu .
Makanan yang dihadkan adalah makanan berkabohidrat yang akan
meningkatkan paras gula darah .
Tingkatkan pengambilan serat dalam diet . Ini dapat membantu
mengawal paras gula dalam darah dan mengelakkan sembelit . Sumber serat yang
baik adalah bijirin penuh , buah – buahan , sayur – sayuran , kacang dan
kekacang dan biji – bijian
Kurangkan penggunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan
tinggi kandungan kandungan garam .
Kurangkan jumlah pangambilan lemak atau minyak terutamanya
lemak tepu seperti krim , minyak kelapa , santan dan krim salad .
*Sumber dari JABATAN PENDIDIKAN KESIHATAN, HOSPITAL KUALA
LUMPUR
No comments:
Post a Comment